Home Seni Hidup GV3: Shidi ditaja pakej umrah walaupun tersingkir

GV3: Shidi ditaja pakej umrah walaupun tersingkir

Vokalis kumpulan Data iaitu Shidi menerima kejutan biarpun tersingkir pada konsert Gegar Vaganza 3 (GV3) minggu kelima malam tadi.

Ini kerana penaja utama program itu, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman menghadiahkan pakej umrah kepadanya dan isteri.

Shidi atau Rashidi Rashid, 44, berkata, dia menganggap hadiah itu sebagai satu hikmah walaupun penyingkirannya menimbulkan rasa tidak puas hati kepada ramai pihak.

“Sebenarnya saya terkejut apabila Datuk Vida memaklumkan hasratnya itu kerana dia turut terkilan saya tersingkir dan pada pandangannnya saya telah menampilkan aksi terbaik. berasa terkilan dengan penyingkirannya pada konsert berkenaan. Jadi ini adalah hikmah lebih besar menanti saya apabila ditaja pakej umrah untuk saya dan isteri.

“Saya dan isteri boleh pergi pada bila-bila masa dan hanya perlu memberitahunya untuk urusan ke tanah suci,” katanya pada sidang media selepas konsert berakhir semalam.

Pada konsert yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, Shidi mendapat markah di belakang Ameng Spring.

Shidi menampilkan vokal mantap ketika menyampaikan lagu nyanyian asal Awie berjudul Ratuku.

Sementara itu, Shidi reda dengan penyingkiran itu dan meletakkan rezeki dari Allah dan dia juga tidak terkilan biarpun keputusan dibuat oleh pihak juri itu dikritik oleh ramai pihak.

Kata Shidi, dia yakin pihak juri telah membuat pertimbangan sewajarnya dalam mengadili persembahan dan menganggap rezeki hanya setakat itu di GV3.

“Sebagai orang Islam kita kena percaya kepada rezeki dan Insya-Allah ada lebih banyak peluang untuk saya pada masa hadapan,” katanya.

Tambah Shidi, penangan GV3 banyak memberi impak malah namanya mula kembali dikenali oleh peminat walaupun hanya bertahan selama lima minggu.

Dalam pada itu ditanya tentang perancangan masa hadapannya, Shidi berkata, dia akan terus setia bersama kumpulan Data dan tidak akan bergerak secara solo sebaliknya akan

Data telah pun melancarkan single terbaharu berjudul Sayangku yang kini mendapat tontonan hampir empat juta penonton di YouTube.–MalaysiaGazette