Home Utama Datuk Seri Vida mengaku salah gagal kemuka penyata GST

Datuk Seri Vida mengaku salah gagal kemuka penyata GST

Gambar MalaysiaGazette

Ipoh – Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida didakwa melakukan kesalahan itu sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu membuat pengakuan bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA