Home Dunia Polis geledah rumah anak perempuan Sukarno

Polis geledah rumah anak perempuan Sukarno

Polis merampas beberapa bahan bukti semasa operasi menggeledah kediaman anak perempuan presiden pertama Indonesia Sukarno, Rachmawati Soekarnoputri, di selatan Jakarta pagi ini.

Peguam Rachmawati, Aldwin Rahardian berkata, seorang ahli pasukan perundangan ahli politik itu menyelia pencarn itu.

“Sopyan, seorang peguam dan rakan sekerja saya bersiap sedia (di kediaman Rachmawati),” katanya yang memetik kompas.com.

Pencarian itu dilakorkan berlaku pada pukul 8 pagi. “beberapa barangan yang meliputi dokumen dan buku kepunyaan Ibu Rachmawati telah dirampas,” kata Aldwin.

Beberapa jam terdahulu, polis juga menggeledah pejabat Rachmawati di kompleks Universiti Bung Karno di Menteng, Jawa tengah. Pencarian tersebut dilakukan pada pukul 10.30 malam semalam hinggga 1 pagi hari ini.

Pada 2 disembe lalu, Pilis asional menahan Rachmawati dan 10 orang lagi kerana didakwa berkaitan khianat dan menghina kerajaan. Mereka didakwa cuba menggunakan perhimpuan secara besar-besaran terhadap Gabenor Jakarta, “Ahok” Tjahaja Purnama pada 2 Disember lalu di Tigu nNasional (Monas) untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Sembilan orang yang ditahan itu ialah Jen. (B) Kivlan Zein; bekas pengamal undang-undang, Sri Bintang Pamungkas; ahli muzik, Ahmad Dhani; artis, Ratna Sarumpaet dan aktivis-akivis yang hanya mahu dikenali Adityawarman, Eko, Firza Huzein, Jamran dan Rizal.

Rachmawati menafikan dakwaan itu. “Saya sekeras-kerasnya menafikan dakwaan khianat ini. Sata tidak melakukan khianat dan saya tidak pernah cuba untuk melakukan khianat terhadap kerajaan sekarang,” kata kepada Megawati Soekarnoputri dalam satu kenyataan sebelum ini.