KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mengesahkan pesawat AK12 dari Chennai ke Kuala Lumpur mengalami masalah tayar pagi tadi.
Di lama Twitter rasminya, syarikat tersebut berkata, tayar pesawat tersebut kempis semasa pendaratan di klia2.
Semua krew penerbangand an penumpang bagaimanapun selamat.
“Kesemua penumpang dan krew selamat dan telah dibawa keluar daripada pesawat.
Kami memohon maaf di atas ketidakselesaan yang dialami oleh para penumpang AirAsia,” katanya.- MalaysiaGazette