Pendakwa khas Korea Selatan yang terlibat menyiasat skandal rasuah yang melibatkan Presiden Park Geun-hye berkata, pihaknya tidak ada pilihan lain kecuali menyerbu pejabat presiden, menurut laporan Yonhap News.
Mereka sedang menyiasat dakwaan berpakatan sulit antara Park bersama rakan beliau, Choi Soon-sil dan pembantu untuk memberi tekanan kepada syarikat-syarikat besar supaya memberi memberi sumbangan kepada sebuah yayasan untuk menyokong inisiatif dasar beliau.
Pendakwa raya berkata, mereka memerlukan akses kepada pejabat presiden sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.
Namun, pejabat presiden telah menafikan akses tersebut.
Park mempunyai imuniti daripada pendakwaan selagi beliau masih berada di pejabat presiden meskipun kuasanya telah digantung.
Namun, Yonhap tidak memberi butiran lanjut. – MalaysiaGazette