Pertumbuhan pendapatan FBM KLCI pada tahun 2017 diramal lebih kukuh berbanding tahun 2016, meningkatkan kebarangkalian meningkatkan penanda aras ekuiti daripada prestasi semasa, menurut MIDF Research.
Menurut Laporan Tinjauan 2017 MIDF Research, penilaian FBM KLCI kebanyakannya relatif lebih murah berbanding di negara-negara serantau.
Firma penyelidikan itu menambah, aliran jangka panjang FBM KLCI bergantung kepada prestasi pertumbuhan pendapatan yang dijangka dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.
“Oleh itu, mengulangi unjuran FBM KLCI pada 2017 pada sekitar 1,830 mata,” katanya. – MalaysiaGazette