Home Dunia Israel tidak peduli resolusi PBB

Israel tidak peduli resolusi PBB

Kediaman penduduk Israel di Maale Adumim, dekat Tebing Barat dengan latar belakang perkampungan Palestin di Al-Eizariya. Foto Reuters

Majlis Perbandaran Jerusalem meneruskan pembinaan penempatan baru bagi penduduk Israel di kawasan yang ditakluki pada tahun 1967.

Situasi itu dilihat memberi risiko kepada proses pendamaian di Asia Barat.

Israel masih marah terhadap resolusi yang diluluskan Jumaat lalu oleh Majlis Keselamatan PBB yang menuntut mereka menamatkan aktiviti penempatan di Tebing Barat dan Jerusalem Timur.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Mark Toner berkata, beliau menyedari laporan akhbar mengenai rancangan untuk membina lebih penempatan di Israel.

“Kami berharap resolusi Majlis Keselamatan PBB segera bertindak dengan memberi amaran kepada kedua-dua pihak, tetapi sudah tentu Israel masih dengan aktiviti meluaskan penempatan menyukarkan pendamaian, ” kata Toner.

Israel menyifatkan ia dimalukan selepas Amerika Syarikat berkecuali dalam undi vetonya. Pentadbiran Obama adalah pihak yang menentang kuat isu penempatan itu.

Setiausaha AS, John Kerry yang membuat kenyataan mengenai damai Timur Tengah berkata, langkah-langkah diperlukan untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Satu agenda yang diterbitkan oleh Dewan Bandaraya Jerusalem menyenaraikan sekurang-kurangnya 390 permohonan rumah baru yang kelulusannya, sekali gus akan meningkatkan penentangan antarabangsa. – MalaysiaGazette