Home Sukan Swansea pecat Bob Bradley, buru Roy Hodgson, Ryan Giggs

Swansea pecat Bob Bradley, buru Roy Hodgson, Ryan Giggs

Swansea menyenaraikan bekas pengurus pasukan bola sepak England, Roy Hodgson dan bekas pemain Manchester United, Ryan Giggs untuk membimbing kelab itu selepas memecat Bob Bradley.

Di bawah Bradley, pasukan itu hanya mampu menang dalam dua daripada 11 perlawanan.

Swansea dibelasah 1-4 oleh West Ham di Stadium Liberty dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu Isnin lalu dan kini menghuni tangga ke-19 di zon penyingkiran.

Pemilik kelab itu kini lebih menumpukan perhatian untuk melantik pengurus yang berpengalaman bagi menyelamatkan pasukannya daripada tersingkir. – Agensi