Home Dunia Tiada peringatan, tempat awam dinamakan Fidel Castro

Tiada peringatan, tempat awam dinamakan Fidel Castro

Dewan Kebangsaan Cuba meluluskan undang-undang yang meluluskan larangan pembinaan patung peringatan Fidel Castro dan menamakan tempat-tempat awam dengan nama pemimpin itu yang meninggal dunia bulan lalu.

Keputusan itu bagi menghormati permintaan Castro yang tidak mahu Cuba mengadakan sebarang bentuk pengabdian terhadapnya.

Meskipun begitu, kata-kata Fidel masih dipaparkan di papan-pakan iklan dan namanya sering disebut dalam acara-acara awam.

“Semangat juang beliau akan kekal di dalam hati nurani Cuba, hari ini, esok dan sentiasa,” Presiden Raul Castro, adik kepada Fidel.

Cara terbaik untuk memberi penghormatan kepada “El Comandante” – komander – adalah untuk mengikuti konsep revolusinya, kata Presiden.

Bagaimanapun, undang-undang baru tidak mengharamkan artis daripada menggunakan ketokohan Fidel dalam muzik, sastera, tarian, pawagam atau seni visual lain.

Gambar beliau tergantung di pejabat-pejabat, tempat-tempat pengajian atau institusi awam juga boleh disimpan.

Sejak kematiannya, gambar Fidel semasa muda berpakaian seragam tentera, dengan senapang dan beg tergantung di belakangnya masih ditempatkan di bangunan Havana Revolution Square. – MalaysiaGazette