Bekas ratu tenis nombor satu dunia, Ana Ivanovic mengumumkan persaraan awal dari dunia tenis secara rasmi dalam laman sosial Facebooknya semalam.
Pemain kelahiran Serbia yang berusia 29 tahun itu mengakui dia tidak boleh meneruskan kariernya yang dianggap dibawah standard sebenar ketika ini.
Ivanovic mengungguli rangking pertama dunia pada Jun 2008, mara ke pusingan akhir Terbuka Perancis tahun ini.
Bagaimanapun Ivanovic yang telah berkahwin dengan bintang tengah Manchester United, Bastian Schweinsteiger bergelut untuk mengekalkan prestasinya selepas dilanda kecederaan.
Ivanovic layak ke pusingan separuh akhir Wimbledon pada tahun 2008 dan Suku Akhir Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 2012, sekali gus merangkul 15 gelaran WTA sepanjang kariernya.
Beliau memuat naik dalam profil Facebooknya malam tadi dengan berkata: “Saya hanya boleh main sekiranya mampuĀ beraksi melebihi standard tinggi sebenar. Malangnya saya tak mampu melakukannya lagi. tiba masanya…”.
Kenyataan itu menyusul 24 jam selepas dia membayangkan akan bersara.
“Kepada penyokong dan peminat saya yang disayangi, sila terus bersama saya dalam ruang Facebook peribadi saya sekitar 6 petang waktu tempatan UK.
“Saya akan berkongsi sesuatu mesej penting kepada anda secara langsung,” katanya.
Ivanovic sememangnya bergelut dalam aksi tenis sepanjang tahun ini.
Selepas tewas aksi kelima berturut-turut dalam temasya terbuka AS pada Ogos lalu, pemain tensi itu mendakwa dia belum memikirkan mengenai persaraan.
“Saya hanya memerlukan masa untuk melihat kenapa semua ini berlaku kepada saya.
“Saya telah bergelut di sepanjang karier tenis. telah melalui saat yang sangat mencabar dan ini bukan kali pertama saya menghadapi situasi berkenaan, tetapi ia sangat menyakitkan,” keluhnya lagi.- Agensi