Peneraju kumpulan pengiklanan Jepun, Dentsu akan meletak jawatan selepas seorang kakitangan yang bekerja lebih masa beratus-ratus jam bertindak membunuh diri.
Tadashi Ishii akan meletak jawatan pada Januari ini.
Matsuri Takahashi, 24, bunuh diri pada Disember tahu lalu dan nota yang ditinggalkan kepada ibunya beliau menulis: “Mengapa bekerja sangat sukar?”.
Wanita itu mula bekerja dengan Dentsu pada April 2015 dengan bekerja lebih masa 100 jam sebulan.
Dentsu mengalami tekanan untuk mengurangkan jumlah kerja lebih masa kepada kakitangannya dan pada bulan November syarikat itu diserbu oleh penguatkuasa buruh.
Pada bulan September lalu, kerajaan Jepun mengenal pasti kematian Takahashi disebabkan bekerja lebih masa.
Mangsa hanya pulang ke rumah pada pukul 5 pagi.
Ketika Dentsu menyekat kerja lebih masa, syarikat itu mematikan lampu di ibu pejabat pada pukul 10 malam – sedangkan ketika itu lebih daripada 100 pekerja asing masih melakukan tambahan 80 jam sebulan.
Kematian dikaitkan dengan keletihan adalah begitu umum di Jepun. Menurut perangkaan, kira-kira 2,000 orang membunuh diri kerana tekanan kerja setiap tahun. – BBC