Home Seni Hidup Noraniza Idris kini duta Mewangi

Noraniza Idris kini duta Mewangi

NORANIZA IDRIS

KUALA LUMPUR – Pengeluar produk kecantikan dan kesihatan bumiputera, Nizayu Prima Marketing telah melantik penyanyi lagu-lagu irama Malaysia, Noraniza Idris sebagai duta produk mereka dikenali Mewangi.

Pengasas produk itu, Ayu Azmera berkata, Mewangi diformulasikan dengan sumber semulajadi seperti garam bukit, llin lebah, pati bunga-bungaan dan herba tempatan yang terkenal dengan pelbagai khasiat dan kebaikan.

Jelasnya, formulasi dan kombinasi yang sempurna itu telah menghasilkan produk penjagaan kecantikan berkualiti tinggi dalam rangkaian variasi penjagaan wajah dan kulit badan yang lengkap dengan harga mampu milik.

“Kesemua rangkaian produk ini juga mendapat kelulusan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terbukti bebas daripada bahan berbahaya seperti merkuri, hidrokinon dan paraben yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pengguna.

“Pemilihan Noraniza selaku duta produk di atas kredibilitinya sebagai selebriti dan juga peneraju kepada penerbitannya sendiri,” katanya pada majlis pelancaran Mewangi di sini baru-baru ini.

Ayu berkata, menerusi perlantikan Noraniza yang kini juri program 3 Juara akan membuka laluan mudah kepada kumpulan sasar yang berminat untuk menumpukan kerjaya dalam bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan.

Tambahnya, empat produk awal sudah berada di pasaran yang menampilkan Mewangi Chewing Gum Soap, Mewangi Peeling Scrub, Mewangi Cream dan Mewangi Penaik Seri 7 Bunga.

Sementara itu, Noraniza memberitahu dia adalah pengguna setia produk Mewangi sejak ia mula berada di pasaran.

Kata penyanyi lagu Dikir Puteri ini,  dia memang menggunakan produk tersebut dan yakin dengan keberkesanannya kerana ia menggunakan bahan-bahan semula jadi.

“Saya memang gemar menjaga kecantikan dan kesihatan menerusi produk tradisional dan Mewangi tiba tepat pada masanya.

“Ini kerana ia menggunakan bahan-bahan yang diformulasikan dengan sumber semula jadi seperti garam bukit, lilin lebah, pati bunga-bungaan dan herba tempatan.

“Ia bukan sahaja untuk menjaga kecantikan wajah tetapi turut mempunyai produk untuk penjagaan seluruh badan,” katanya.