Home Sukan Sebastian Veron buat kemunculan mengejut

Sebastian Veron buat kemunculan mengejut

Juan Sebastián Verón

LONDON – Bekas pemain kebangsaan Argentina, Juan Sebastián Verón bertindak keluar dari persaraannya dengan menandatangani perjanjian untuk menyertai kelab Argentina Primera División, Estudiantes pada usia 41 tahun.

Bekas pemain tengah Manchester United itu telah bersara pada usia 39 tahun namun selepas dua tahun, dia kembali menyarung jersi kelab terawal dan terakhirnya itu.

Veron menandatangani kontrak selama 18 bulan untuk bermain untuk Estudiantes sekaligus terlibat dalam aksi Copa Libertadores 2017.

Pada Mei lalu, Veron yang juga Presiden Estudiantes FC telah mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kerjasama antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab bola sepak Argentina itu.

Dalam kunjungan tersebut, Veron turut dibawa melihat prasarana milik kelab bola sepak Johor seperti Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Mereka turut berkongsi pendapat, idea mengenai bola sepak serta merangka kerjasama antara JDT dan Estudiantes dalam waktu terdekat ini.

Verón adalah legenda bola sepak pasukan Argentina.- AGENSI