Wanita Perancis yang dihukum penjara kerana membunuh suaminya pada tahun 2012 dibebaskan selepas campur tangan kali kedua oleh Presiden Francois Hollande.
Jacqueline Sauvage, 69, bertindak demikian kerana derita akibat didera sepanjang perkahwinannya.
Hollande mengeluarkan surat pengampunan pada akhir bulan Januari lalu tetapi mahkamah dua kali menolak permohonan pembebasannya.
Tetapi usaha itu berjaya dan Sauvage dibebaskan sepenuhnya selepas menjalani hukuman di Penjara Reau.
“Saya telah memutuskan untuk memberikan keampunan kepada Jacqueline Sauvage daripada hukumannya. Pengampunan ini menamatkan segera penahanan beliau,” kata Hollande dalam Twitternya.
Dalam kenyataan lanjut dari Istana Elysee, beliau berkata, tempat wanita itu bersama keluarganya dan bukan dalam penjara.
Anak-anak perempuan Sauvage telah berjuang untuk pembebasannya sejak dia dijatuhi hukuman penjara pada 2014, menegaskan ibunya dilayan dengan kejam sepanjang perkahwinan dengan suaminya, Norbert Marot.
Apabila anak lelakinya membunuh diri, dia bertindak menembak Marot. – MalaysiaGazette