Ejen Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes mendakwa sebuah kelab di China telah membuat bidaan sebanyak €300 juta (RM1.4 bilion) bagi memancing pemain itu.
Bintang dunia itu turut ditawarkan gaji €100 juta (RM473 juta) semusim namun Mendes menjelaskan bahawa bintang Real Madrid itu menolak tawaran tersebut.
“Real Madrid telah menerima tawaran mencecah €300 juta (RM1.4bilion) dengan Ronaldo ditawarkan gaji €100 juta (RM473juta) semusim,” ujar Mendes.- SkyItalia