Home Sukan Neymar berhasrat tamatkan karier dengan Flemingo

Neymar berhasrat tamatkan karier dengan Flemingo

Neymar

Pemain Barcelona, Neymar menetapkan untuk menamatkan kariernya dengan Flamingo dengan menjadikan kelab itu sebagai destinasi terakhir jika beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Barcelona.

Pemain berusia 24 tahun itu yang diburu Manchester United kekal dengan komitmennya bersama Barcelona apabila memperbaharui kontrak membabitkan klausa pembelian mencecah £210 juta.

Dengan kontrak baharu itu Neymar akan kekal berakdi di La Liga sehingga tahun 2021.

Walaupun bersama salah satu kelab gergasi Eropah, Neymar masih menyimpan idaman mahu beraksi setiap minggu di Stadium Maracana.

“Adalah satu penghargaan terbesar untuk bermain dalam skuad Flamingo di Maracana.

“Itulah kelab (Flamingo) yang saya sangat gemar untuk beraksi di masa depan nanti sekiranya membuat keputusan meninggalkan Barcelona dan La liga Sepanyol,” kata selepas perlawanan komuniti yang dianjurkan legenda Brazil, Zico. – Agensi