Pengurus the Gunners, Arsene Wenger hari ini membidas pengurus kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Pep Guardiola, Jose Mourinho, Antonio Conte dan Jurgen Klopp seperti diserang histeria.
Menurut pengurus kelahiran Perancis itu, kesemua pengurus yang berkedudukan ‘super boses’ atau terbaik dunia gagal menampilkan aksi ‘blokbuster’ yang diharapkan EPL kali ini.
Kesemua kelab pesaing terkuat teratas EPL mengecewakan dalam semua tahap permainan walaupun disuntik dengan bos berprofil tinggi dunia di England.
“Kami dalam pertengahan perjalanan EPL dengan pengurus terbaik global dalam persaingan bola sepak dunia, tetapi hasil mereka sangat mengecewakan.
“Musim kali ini telah dijangkakan hebat, malangnya kita gagal mempamerkan permainan menarik untuk terus diperingati para penyokong serata dunia.
“EPL sentiasa hangat dengan dua atau tiga aksi menggerunkan, atau pertembungan sengit melibatkan dua kelab musuh tradisi, namun kita belum melihat saat itu.
“Lebih banyak dijangkakan selepas ini, termasuk kelab saya sendiri,” katanya.
Dengan salah satu daripada lima kelab gergasi ditakdirkan bakal terlepas daripada layak ke LIga Juara-Juara Eropah musim depan, Wenger berkata ketakutan gagal menyelubungi kesemua pengurus mega itu.
Kini Wenger melontarkan amaran supaya kesemua pengurus ‘hebat’ itu menampilkan bisa sebenar di fasa kedua EPL bermula malam ini.
Kesemua kelab dalam EPL sudah berkualiti, mungkin perbezaan antara pasukan pilihan juara dan kelab kerdil membuatkan setiap pasukan bertahan dalam liga.
“Tetapi kita mempunyai pengurus-pengurus terbaik dunia dalam EPL, dan saya jangkakan aksi lebih menarik selepas ini tanpa tunggu dan lihat, sebaliknya ‘gempur dan buktikan kehebatan’ masing-masing,’ tegasnya lagi. – Agensi