Home Politik Ramai terpedaya perwatakan jujur Rafizi – Zein

Ramai terpedaya perwatakan jujur Rafizi – Zein

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail

Perwatakan Rafizi Ramli yang naif baik dan jujur membuatkan ramai orang terpedaya dengan fitnah yang direka oleh Ahli Parlimen Pandan itu.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, banyak fitnah yang direka oleh Rafizi telah merosakkan rakyat kerana terpedaya dengan pembawannya.

“Walhal sikap sebenarnya adalah sebaliknya. Ini kerana setelah berita fitnah yang di reka olehnya serta disebar dan kemudiannya di bawa ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan. Hakim telah memutuskan supaya Rafizi membayar ganti rugi terhadap fitnah yang dibuat oleh nya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zein yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang memberitahu, banyak fitnah terhadap pemimpin dan dasar pembangunan negara yang berpunca dari Rafizi.

“Dengan gaji purata RM26, 000 sebulan melalui jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan, beliau hanya memikirkan bagaimana hendak menghasut rakyat melalui fitnah yang direkaagar rakyat membenci kepimpinan negara terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tugas sebagai ahli parlimen yang mewakili pengundi Pandan sudah tidak diendahkan olehnya. Nasib rakyat sudah tidak menjadi keutamaan. Apa yang penting bagi Rafizi ialah rakyat wajar dihasut, dihasut dan dihasut dengan fitnah,” kata Zein.

Menurutnya, antara kerugian rakyat Malaysia yang terpangaruh ialah apabila mereka mengeluarkan simpanan mereka di Tabung Haji.

Setelah Rafizi menghasut dengan mengatakan Tabung Haji menuju kebangkrapan maka berbondong bondong rakyat mengeluarkan simpanan.

“Tindakan rakyat telah menyebabkan mereka telah terlepas penggiliran mengerjakan haji dan mereka kerugian pulangan tahunan. Jika di fikirkan, siapa yang boleh menggantikan semula pulangan atau dividen dan penggiliran haji setelah mereka terhasut dengan fitnah yang di bawa oleh Rafizi.

“Rafizi sudah tentu tidak mahu bertanggungjawab. Maka rakyat yang menjadi mangsa,” ujarnya.

Menurut Zein, umat Islam di negara ini perlu mengambil perintah Tuhan untuk dalam surah al-Qalam sebagai panduan agar kita tidak memilih golongan perosak terutama dari pembangkang yang hanya gemar menghasut dan menyebarkan fitnah dan mereka lebih banyak membawa kerosakan daripada kebaikan.–MalaysiaGazette