SINGAPURA – Singapura telah meminta institusi kewangan untuk mewujudkan status cukai penduduk daripada semua pemegang akaun dan melaporkan beberapa data kewangan kepada pihak berkuasa bagi membendung gejala mengelak cukai.
Mulai 1 Januari lalu, Singapura melaksanakan pematuhan Piawaian Laporan Bersama (CRS), satu standard dipersetujui di peringkat antarabangsa yang membolehkan negara-negara secara automatik bertukar-tukar data kewangan bagi tujuan cukai.
Pusat kekayaan luar pesisir termasuk Singapura, Switzerland dan Hong Kong adalah antara lebih 100 bidang kuasa yang komited untuk melakukan pertukaran maklumat untuk memerangi gejala mengelak cukai pada 2018, dalam satu inisiatif yang diterajui oleh Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).
Pihak berkuasa cukai Singapura berkata, pemegang akaun institusi kewangan seperti bank dan syarikat insurans perlu menyediakan institusi dengan maklumat untuk mewujudkan status cukai penduduk cukai apabila ditanya.
Institusi akan melaporkan maklumat pemegang akaun penduduk bercukai dalam bidang kuasa kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Singapura dengan pihak yang telah menandatangani perjanjian untuk berkongsi data dengan Singapura dari 2018.
Singapura telah menandatangani perjanjian itu dengan beberapa negara-negara seperti Australia dan Britain, tetapi masih belum menandatangani perjanjian dua hala dengan Indonesia, warga negaranya pelanggan terbesar bagi bank-bank swasta di negara itu.
Institusi perbankan Singapura berdepan dengan tekanan tahun lalu daripada pengampunan cukai Indonesia di tengah-tengah penelitian kekayaan global yang tidak diisytiharkan.- MalaysiaGazette