DAKAR – Amerika Syarikat memberi amaran kepada rakyatnya daripada mengunjungi destinasi pelancongan di Gambia dan meminta mereka yang berada di sana untuk mempertimbang agar meninggalkan tempat itu.
Amaran itu dikeluarkan berikutan risiko pergolakan berikutan kekalahan Presiden Yahya Jammeh yang kalah dalam pilihan raya.
“Jabatan Negara memberi amaran kepada rakyat Amerika Syarikat yang hendak ke Gambia kerana potensi berlaku rusuhan awam dan keganasan dalam masa terdekat,” kata kenyataan di laman webnya.
Ia berkata, Jammeh akan mencabar keputusan pilihan raya itu yang memihak kepada pencabarnya, Adama Barrow di mahkamah tinggi pada 10 Januari ini.
“Rakyat AS perlu mempertimbangkan untuk berlepas dalam penerbangan komersial dan pengangkutan lain,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette