Home Dunia Trump lantik menantu jadi penasihat White House

Trump lantik menantu jadi penasihat White House

WASHINGTON – Donald Trump melantik menantunya, Jared Kushner sebagai salah seorang penasihat kanan White House.

Kushner, 35 tahun, adalah antara invidu penting dalam kempen presiden dan peranannya di White House meliputi polisi domestik dan antarabangsa.

Beliau berkahwin dengan anak Trump, Ivanka Trump, pemaju hartanah yang memiliki pelbagai kepentingan perniagaan.

Para pemerhati menjangkakan pelantikan Kushner menjadi kontroversi kerana undang-undang nepotism dan kebimbangan potensi konflik.

“Jared adalah aset besar dan penasihat yang dipercayai sepanjang kempen serta peralihan, dan saya bangga dengan kehadiran beliau dalam kepimpinan utama pentadbiran saya,” kata Mr Trump.

Ahli perniagaan New York itu akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 pada 20 Januari ini.

Ahli-ahli pasukan Mr Trump berhujah bahawa undang-undang sekatan pegawai kerajaan kepada saudara-mara tidak terpakai bagi kedudukan White House.

Peguam Kushner pula berkata, suami Ivanka itu akan meletak jawatan sebagai pengurus perniagaan hartanah keluarga itu jika memegang jawatan dalam White House dan membebaskan dirinya daripada beberapa aset.

Jamie Gorelick dari firma undang-undang WilmerHale berkata, Kushner komited untuk mematuhi etika undang-undang persekutuan dan telah berunding dengan Pejabat Etika Kerajaan tentang langkah yang perlu diambil.

Kushner yang sering bersama pasukan Trump semasa kempen presiden, telah banyak terlibat dalam strategi digital. – MalaysiaGazette