MARRAKESH – Negara ini telah mengharamkan penjualan, pengeluaran dan import burka, menurut laporan media tempatan.
Notis larangan itu telah dihantar Isnin lalu, memberi tempoh 48 jam kepada perniagaan mengeluarkan burka dalam stok-stok mereka.
Tidak ada pengumuman rasmi daripada kerajaan, tetapi pegawai-pegawai yang tidak dinamakan memberitahu keputusan itu dibuat atas sebab keselamatan.
Ia adalah tidak jelas jika Maghribi kini bercadang untuk mengharamkan pemakaian burka secara terang-terangan, meskipun pemakaiannya tidak popular di negara itu.
Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri mengesahkan larangan itu kepada laman berita Le360, sambil menambah penjenayah menggunakan pakaian itu untuk melakukan jenayah mereka. – MalaysiaGazette