MANCHESTER – Pengurus Manchester United (MU), Jose Mourinho memberitahu kelab itu tidak mungkin akan membawa masuk pemain pertahanan Victor Lindelof atau pemain lain pada bulan ini.
Bercakap selepas kemenangan pada separuh akhir pertama EFL Cup ke atas Hull City, Mourinho memberitahu Sport TV, MU akan memberi tumpuan kepada perpindahan pada musim panas.
“Saya fikir dalam pasaran musim sejuk ini kami hanya akan menjual dan tidak membeli, ini adalah perasaan saya,” kata Mourinho.
“Mari kita menambah pound untuk menyerang pasaran musim panas akan datang seperti yang kita lakukan ini. Kami telah membawa empat orang pemain dari peringkat pertama dan kita tahu mereka boleh membantu.”
MU telah dikaitkan dengan perpindahan Lindelof dari Benfica dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Laporan media Portugal baru-baru ini mendakwa perpindahan itu telah dipersetujui. – MalaysiaGazette