KUALA LUMPUR – Malaysia akan menaikkan kadar cukai eksport bagi minyak kelapa sawit mentah kepada 7.5 peratus pada Februari berbanding 7 peratus pada bulan ini, demikian menurut pekeliling yang di keluarkan oleh Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia di laman webnya hari ini.
Harga rujukan bagi minyak kelapa sawit pada Februari adalah RM3,279.76 setan.
Sesuatu harga yang melebihi RM2,250 akan dikenakan cukai yang bermula daripada 4.5 peratus dan boleh mencapai tahap maksimum 8.5 peratus.
Malaysia menaikkan cukai kepada 7 peratus pada bulan ini berbanding enam peratus pada Disember lalu.- MalaysiaGazette