Home Nasional Shell sahkan alami masalah teknikal di seluruh negara

Shell sahkan alami masalah teknikal di seluruh negara

SOP antara premis dan stesen minyak berbeza.

KUALA LUMPUR – Shell Malaysia hari ini mengesahkan ia sedang mengalami masalah teknikal dengan sistem tapaknya di semua stesen minyak Shell di seluruh negara.

Shell Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang timbul kepada pelanggan yang tidak dapat mengisi tangki minyak mereka akibat daripada masalah itu.

“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Semua stesen minyak Shell di seluruh negara tidak dapat beroperasi sejak pukul 12 malam tadi disebabkan kegagalan sistem.

— BERNAMA