TEHRAN – Anggota-anggota bomba dipercayai terbunuh selepas bangunan tinggi di Tehran terbakar dan runtuh.
Lebih 200 pasukan keselamatan cuba memadamkan api pada bangunan Palsco setinggi 17 tingkat selama beberapa jam sebelum ia menyembah bumi.
Lebih 200 orang dipercayai cedera dalam kejadian itu.
Disiapkan pada tahun 1962, Plasco merupakan bangunan tertinggi di Tehran. Ia juga adalah pusat beli-belah.
Kebakaran itu bermula pada pukul 08:00 (04:30 GMT)hari ini, ketika kebanyakan pekedai belum berada dalam bangunan.
Sebanyak 10 balai bomba terlibat dalam kerja-kerja memadam api dengan berpuluh-puluh anggota bomba dipercayai berada di dalam bangunan berkenaan semasa dinding sebelah utara runtuh mengakibatkan seluruh struktur rebah.
Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, Pir-Hossein Kolivand berkata, dipercayai ramai anggota bomba yang mati namun angka belum diketahui. – MalaysiaGazette