
KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusrti Datuk Seri Mustapa Mohamed melantik Datuk Dr Nik Norzrul Thani sebagai Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia Singapura (MSBC), berkuat kuasa 1 Jan, 2017.
Dalam satu kenyataan hari ini, MSBC berkata Nik Norzrul menggantikan Datuk Lim Say Chong, Pengerusi Carlsberg Brewery Malaysia Bhd.
Nik Norzrul ialah Pengerusi dan Rakan Kanan Zaid Ibrahim & Co. serta ahli rangkaian ZICOlaw.
Beliau juga merupakan pengarah pelbagai syarikat awam dan syarikat berkaitan kerajaan serta Pengerusi Perbadanan Dana Pampasan Pasaran Modal.
— BERNAMA