KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida mempersoalkan tindakan TV3 yang tidak menjemput beliau ke Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) malam ini.
Dr Vida mendakwa, alasan yang diberikan oleh penganjur kerana telah kehabisan tempat duduk di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.
Dia yang pernah menaja AJL29 dan AJL30 memberitahu, apa salahnya sekiranya TV3 menjemputnya ke anugerah berprestij sebagai menghargai sumbangannya dalam membantu industri muzik selama ini.
“Mereka sakit hati ke tidak jemput saya ke AJL31 sebab saya tidak taja pada tahun ini?
“Kalau saya hadir pun, bukan nak overshadow orang lain.
“Mungkin juga saya tidak hadir pun dan akan menolak jemputan dengan baik.
“Namun sekurang-kurangnya jemputan itu sebagai tanda ingatan,” katanya kepada MalaysiaGazette menerusi menerusi aplikasi Whatsapp.
AJL31 kali ini mendapat tajaan Honda, Samsung dan CJ Wow Shop. – MalaysiaGazette