Gempa bumi berskala 8.0 skala Richter menggegarkan barat Pulau Arawa dan Pulau Bougainville di Papua New Guinea, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, amaran ‘kemungkinan berlaku ombak tsunami berbahaya’ susulan daripada gempa bumi itu dalam tempoh tiga jam di sepanjang pantai Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Nauru, Pohnpei, Kosrae, Vanuatu, Chuuk dan Indonesia. – Reuters