Home Dunia Jepun pertimbang Maharaja Akihito turun takhta

Jepun pertimbang Maharaja Akihito turun takhta

TOKYO – Jepun sedang mempertimbangkan untuk menerima pakai undang-undang membenarkan Maharaja Akihito yang berusia lebih 80 tahun untuk turun takhta meskipun banyak isu sensitif kerana persaraan raja tidak pernah berlaku dalam dua abad.

Undang-undang Jepun tidak membenarkan maharaja melepaskan takhta, tetapi Akihito, 83, yang telah menjalani pembedahan jantung dan rawatan kanser prostat khuatir faktor umur menyebabkan beliau sukar memenuhi tugas-tugasnya.

Satu panel pakar-pakar dijangka bersidang pada Isnin untuk merujuk kepada undang-undang khas bagi membolehkan Maharaja Akihito bersara, kemungkinan besar pada akhir 2018.

Kali terakhir maharaja turun takhta adalah pada tahun 1817.

Maharaja Akihito juga boleh melihat kepada contoh raja-raja asing dalam generasinya, seperti Dutch Queen Beatrix dan King Albert II, atau Pope Benedict dari Belgium. Ketiga-tiga bersara pada tahun 2013.

Selain gelaran maharaja, tugas dan kediaman selepas dia bersara, kerajaan juga perlu menetapkan nama dan tarikh bagi permulaan baru ‘era empayar’ yang akan diiringi oleh penggantinya, di bawah kalendar unik Jepun.

Maharaja Jepun, atau ‘Tenno’, ditakrifkan dalam perlembagaan selepas perang sebagai “lambang negeri dan perpaduan rakyat.” Beliau tidak mempunyai kuasa politik. – MalaysiaGazette