MADRID – Pesawat American Airlines yang dalam penerbangan ke Barcelona dari New York membuat pendaratan cemas di barat laut Portugal kerana mengalami masalah teknikal.
Pihak berkuasa lapangan terbang Sepanyol dan Portugas berkata, kejadian itu berlaku apabila juruterbang Penerbangan AAL66 meminta membuat pendaratan kecemasan.
Pesawat itu kemudian mendarat dengan selamat di Porto tanpa kejadian yang tidak diingini.
Semua 151 penumpang, bersama-sama dengan lapan anak kapal dan tiga pegawai pesawat Boeing 767-300 ditempatkan di beberapa hotel.
Pesawat itu kemudian diperiksa dan tidak diberi kebenaran untuk meneruskan penerbangan ke Barcelona.
American Airlines kemudian menyewa sebuah pesawat Portugis, TAP untuk membawa penumpang ke Barcelona.
Masalah teknikal yang menyebabkan pendaratan cemas itu masih tidak diketahui puncanya. – MalaysiaGazette