Yahya Jammeh ketika meninggalkan Gambia dengan sebuah pesawat. Foto Agensi

GAMBIA – Lebih daripada AS$11 juta wang dalam tabung Gambia hilang selepas Yahya Jammeh meninggalkan negara itu, kata penasihat Presiden Adama Barrow.

Mai Ahmad Fatty berkata, pakar-pakar kewangan cuba untuk menilai kerugian yang tepat.

Kereta mewah dan barangan lain dilihat dimuatkan dalam pesawat kargo Chadian pada malam Jammeh meninggalkan negara itu.

Jammeh kini dalam buangan selepas berakhirnya 22 tahun pemerintahannya.

Pada awalnya Jammeh enggan menerima keputusan pilihan raya tetapi akhirnya akur meninggalkan Gambia  selepas rundingan bersama pengantaraan pemimpin-pemimpin serantau dan ancaman campur tangan tentera.

Jammeh keluar dari Gambia pada hari Sabtu lalu selepas perbincangan panjang dengan pemimpin serantau

Presiden Barrow kekal berada di Senegal dan ia tidak jelas bila beliau akan kembali.

Walau bagaimanapun, tentera Afrika Barat telah memasuki ibu negara di Banjul, pada hari Ahad untuk bersedia menyambut ketibaan Barrow.

Fatty berkata, Gambia kini dalam masalah kewangan.

“Tabung hampir kosong. Ia telah disahkan oleh juruteknik di Kementerian Kewangan dan te Central Bank of Gambia,” katanya.

Adama Barrow berkata, beliau bercadang untuk menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia semasa pemerintahan Jammeh.

Beliau berkata, Jammeh telah melarikan lebih daripada AS$11 juta alam tempoh dua minggu lepas.

Fatty mendakwa, pegawai di lapangan terbang utama Gambia telah maklumkan agar tidak membiarkan mana-mana barang-barang Jammeh berada di negara itu.

Menurut laporan, beberapa barangan bekas pemimpin itu berada di Guinea.

Jammeh dilaporkan kini berada dalam Equatorial Guinea Khatulistiwa, walaupun pihak berkuasa di sana tidak dapat mengesahkan. – MalaysiaGazette