Home Nasional Jamal buat hal lagi depan SUK Selangor

Jamal buat hal lagi depan SUK Selangor

SHAH ALAM- Selepas ‘berkemban’ di hadapan pintu Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor kerana isu air hari ini Datuk Jamal Md. Yunos menganjurkan protes rumah urut di tempat yang sama.

Pengerusi Gabungan NGO Selangor itu berkata, pihaknya menyediakan katil bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan memberi hadiah aiskrim percuma kepada orang ramai.

“Saya hari ini beri aiskrim percuma jenama Azmin Ali. Saya tak kenal Azmin ini, beribu-ribu nama Azmin di Selangor dan gambar (pada kotak aiskrim) itu saya dapat dari media sosial,” ujarnya kepada wartawan yang hadir hari ini.

Tindakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu ada kaitan dengan protes pihaknya sebelum ini yang mendakwa pusat urut haram semakin banyak di Selangor selain pusat judi.-MalaysiaGazette