Home Nasional Angin kencang, laut bergelora sehingga esok

Angin kencang, laut bergelora sehingga esok

Sekurang-kurangnya tujuh daerah di Selangor akan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 2 petang ini.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejak kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sabah (Kudat dan Sandakan) sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi berkata, angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok.

Sementara itu, ribut petir di perairan Sarawak dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan
laut. – MalaysiaGazette