KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia menjelaskan laporan kerugian dalam transaksi pertukaran asing (forex) yang didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid adalah kejadian yang berlaku hampir 25 tahun lalu.
Selepas kerugian itu, Bank Pusat telah mencapai kemajuan lebih kukuh, telus dan bertanggungjawab.
“Dalam persekitaran global yang mencabar dan tidak pasti pada masa ini, kita perlu memberikan tumpuan pada usaha untuk memastikan sistem kewangan dan ekonomi negara kekal berdaya tahan dan terus stabil,” dalam kenyataanya pendeknya di sini hari ini.
Abdul Murad dalam pendedahannya berkata, BNM pernah rugi AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993, jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan bank pusat tersebut.
Tetapi, Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya merekodkan kerugian sebanyak RM9 bilion.
Beliau mendakwa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian itu namun tidak ada siasatan lanjut dijalankan. – MalaysiaGazette