Home Utama PM harap ekonomi terus kukuh

PM harap ekonomi terus kukuh

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Sempena tahun ayam mengikut kalendar Lunar pada tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengharapkan ekonomi Malaysia terus berkembang kukuh.

Beliau juga mendoakan Malaysia supaya terselamat daripada segala ancaman.

“Diharapkan pada tahun ayam ini, ekonomi Malaysia akan menjadi lebih baik dan segala usaha kerajaan untuk membela rakyat akan dipermudahkan.

“Semoga Malaysia juga terlepas dari segala ancaman,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA, di sini hari ini.

Najib juga berharap rakyat Malaysia boleh hidup dengan lebih harmoni dan saling berganding bahu untuk memajukan negara.

Beliau menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina itu bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri-menteri kabinet dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang lain. – MalaysiaGazette