KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri telah mengumumkan di Instagramnya bahawa pengasas produk Let’s Cantik, Nur Sajat telah membeli rumah banglo mewahnya yang terletak di Seksyen 10, Kota Damansara.
Dalam posting sebelum ini, Aliff mahu menjual banglo 10 bilik tersebut dengan harga lelong RM11 juta termasuk perabotnya sekali.
Akhirnya rumah tersebut telah berjaya dibeli oleh rakan baiknya, Nur Sajat.
Bagaimanapun berapakah harga jualan rumah tersebut tidak pula didedahkan.
Aliff menjual banglo yang telah diduduki selama hampir lima tahun itu kerana mahu berpindah duduk di kampung.
Tidak pula dinyatakan di mana namun difahamkan ‘istana’ baru Aliff bernilai RM30 juta ala Bollywood. – MalaysiaGazette