MANCHESTER – Pengurus Jose Mourinho membayangkan Anthony Martial dan Sergio Romero sedia diturunkan dalam aksi Manchester United menentang Wigan bagi saingan Piala FA, pagi esok.
Jelasnya, dia akan mengambil serius mengenai pertemuan itu kerana ia adalah perlawanan kedua dalam saingan tersebut.
“Kami bermain dengan pasukan yang sangat baik, satu-satunya pemain yang akan keluar ialah De Gea. Saya akan memberinya beberapa hari cuti.
“Saya akan menurunkan Romero (penjaga gol kedua), saya akan meletakkan Joel di bangku simpanan dan selain daripada itu saya mahu kami hadir dengan pasukan yang terbaik kerana kami mahu cuba untuk mengalahkan mereka.
“Anthony akan bermain pada hari Ahad ini dan jika dia beraksi baik, dia akan bermain menentang Hull dalam perlawanan seterusnya, ia mudah,” katanya. – MalaysiaGazette