Home Sukan Piala FA: Liverpool ditunjuk jalan keluar

Piala FA: Liverpool ditunjuk jalan keluar

Penyerang Wolves, Helder Costa (tengah) diasak dua pemain Liverpool dalam aksi FA yang memihak 2-1 kepada Wolves malam tadi.

Wolverhampton Wanderers mengejutkan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool 2-1 dengan kemenangan dalam aksi pusingan keempat Piala FA England malam tadi.

Penyerang Wolves Richard Stearman membuka jaringan seawal minit pertama dengan menanduk masuk sepakan percuma Helder Costa dalam aksi di Anfield.

Go kedua Wolves hadir pada minit ke-41 menerusi Andreas Weimann.

Kelemahan bek pertahanan menghukum pasukan Liverpool dalam perlawanan tersebut.

The Kops agak tertekan selepas ketinggalan 0-2 di separuh masa pertama.

Liverpool cuba bangkit di separuh masa kedua dengan mengawal bola dan menghasilkan beberapa percubaan.

Bagaimanapun Divock Origi berjaya membuka gol pada minit ke-86 untuk Liverpool.

Namun, gol itu tidak mampu menyelamatkan Liverpool untuk mencari gol lagi untuk mara ke pusingan seterusnya.

Serangan bertubi-tubi sehingga masa tambahan ke-94 dilakukan Liverpool namun gagal menghasilkan gol sebelum perlawanan memihak 2-1 kepada Wolves.

Dengan itu, Liverpool bimbingan Jurgen Klopp menamatkan kempen FA selepas gagal di pusingan separuh akhir dalam saingan Piala EFL kepada Southampton empat hari lalu.

Kemenangan Wolves menyaksikan mereka mara ke pusingan kelima buat kali pertama selepas tahun 2008.

Dalam satu lagi perlawanan sama, Tottenham Hotspurs berjaya menewaskan pasukan Wycombe 4-3 dalam aksi dramatik.

Pendahulu EPL Chelsea juga mara ke pusingan kelima FA selepas menumpaskan Brentford 4-0 manakala Manchester City menundukkan Crystal Palace 3-0.- MalaysiaGazette