WASHINGTON – Senat Demokrat Amerika Syarikat memboikot undian pengesahan bagi pelantikan dua calon utama dalam Kabinet Presiden Donald Trump menyebabkan undi tersebut terpaksa ditangguhkan.
Wakil-wakil Demokrat berkata, mereka mahu maklumat lanjut mengenai aktiviti kewangan Tom Price, Setiausaha Kesihatan dan Stephen Mnuchin, Setiausaha Perbendaharaan.
Undi bagi calon Peguam Negara, Jeff Session juga ditangguhkan.
Trump berkata, tindakan Demokrat itu menjejaskan proses politik.
Semalam, Trump memecat Sally Yates sebelum pemangku Peguam Negara itu mempersoalkan perintah imigresen yang dibuat oleh presiden yang menghalang kemasukan warga negara daripada tujuh negara.
Yates dilantik semasa pemerintahan Barack Obama.
Senator Demokratik daripada Jawatankuasa Kewangan memaklumkan mereka mahukan maklumat lanjut mengenai aktiviti dagangan Price dalam saham syarikat kesihatan.
Mogok tidak dijangka oleh Demokrat semasa undi hendak dijalankan itu menimbulkan kontroversi yang akan membawa kepada ‘perang’ partisan di Capitol Hill. – MalaysiaGazette