Home Nasional Hindu Sangam kesal harga kelapa naik menjelang Thaipusam

Hindu Sangam kesal harga kelapa naik menjelang Thaipusam

R.S. Mohan Shan

KUALA LUMPUR – Hindu Sangam Malaysia (MHS) kesal dengan kenaikan harga kelapa menjelang sambutan Thaipusam pada 9 Februari ini.

Presidennya, Datuk R.S. Mohan Shan berkata, peningkatan harga akan menyusahkan penganut agama Hindu yang akan menggunakannya untuk upacara sembahyang sepanjang tiga hari.

“Pada Thaipusam panganut Hindu akan memecahkan kelapa untuk membayar nazar dan tujuan ritual di kuil.

“Dalam keadaan ini, kelapa yang dibekal ke pasaran tempatan berkurangan tetapi permintaan meningkat menyebabkan ia dijual dengan mahal.

“Itu alasan yang diberikan pembekal kepada peniaga kelapa di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohan Shan, secara purata harga sebiji kelapa antara  RM2 hingga RM3.

“Di Pasar basah Chow Kit, sebiji kelapa dijual pada harga antara RM2 hingga RM2.50, ini maklumat daripada seorang peniga di sana.

“Peniaga terpaksa menaikkan harga sebiji kelapa ekoran tindakan pembekal yang menaikkan harga kelapa.

“Ramai pengusaha kelapa beralih menanam sayur-sayuran sejak kebelakangan ini dan ini juga akan menjejaskan industri kelapa sekiranya keadaan berterusan.,” tegasnya.

Di Pulau Pinang harga sebiji kelapa dijual RM2 hingga RM2.50 berbanding RM1.80 tahun lalu. – MalaysiaGazette