KUALA LUMPUR – Pemilihan Puan Sri Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu mengingatkan kita kembali kepada apa yang berlaku di Kuala Kangsar.
Jika Jamilah menjadi calon menggantikan suaminya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di PRK Kuala Kangsar tahun lepas, isteri kepada Allahyarham Datuk Wan Kahir-il Anuar iaitu Datin Mastura Mohd. Yazid melakukan perkara yang sama.
Mastura menang besar PRK Kuala Kangsar dan pertandingan itu menjadi penanda aras dalam sejarah politik Malaysia.
Hari ini, Jamilah pula mengulangi jejak Mastura. Walaupun kemenangan nampak dalam tangan namun kerja kuat masih perlu, bukannya keyakinan semata-mata.
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat khas PRK DUN Tanjong Datu di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako di sini petang tadi.
Seperti Mastura, Jamilah ‘bergantung kuat’ kepada aura arwah suaminya yang pernah menjadi Ketua Menteri Sarawak dan membawa BN memenangi pilihan raya di negeri itu.
Sifat Allahyarham yang disukai ramai kawan dan lawan sudah tentu menyukarkan calon pembangkang mengalahkannya selain faktor peribadi Jamilah itu sendiri.
Lagi pun sehingga hari ini, pembangkang di Sarawak masih ‘terkial-kial’ mencari calon mereka.
Bagaimanapun, rata-rata melihat Jamilah akan mengulangi kejayaan Mastura dan taktik BN menepati kehendak PBB sendiri dalam pemilihan calon boleh menang di DUN Tanjung Datu.-MalaysiaGazette