KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan memberi jaminan pesakit wad kelas tiga di hospital-hospital kerajaan akan terus menikmati perubatan percuma walaupun Kabinet memutuskan untuk mengkaji semula caj perkhidmatan kelas satu dan dua.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kajian caj itu dibuat kerana ia tidak pernah disemak untuk jangka masa yang lama.
“Kerajaan tidak akan memansuhkan tanggungjawabnya kepada orang miskin dan orang-orang yang berpendapatan rendah.
“Mereka akan terus menerima tahap penjagaan yang tinggi seperti mana yang mereka terima sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette