Home Ekonomi 24,962 Honda model 2012 dipanggil semula

24,962 Honda model 2012 dipanggil semula

Honda City antara model yang mendapat permintaan pada bulan Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia melanjutkan panggilan semula sebanyak 24,962 buah kereta model tahun 2012 bagi menggantikan beg pengepam udara Takata.

Dalam kenyataannya, panggilan semula itu melibatkan kereta Accord (2,739 buah), Jazz (600), Jazz Hybrid (3,356), City (16,026), Freed (241) dan Insight (2,000).

Menurut Honda, panggilan semula itu dibuat bagi memastikan keselamatan pelanggan adalah keutamaan.

“Semua model jualan semasa tidak terjejas dan akan terus memantau untuk memastikan kesalamatan pelanggan,” kata Honda Malaysia.

Setakat ini, katanya, tidak ada kemalangan atau kecederaan yang dikaitkan dengan pengepam beg udara di Malaysia.

Pelanggan-pelanggan terlibat akan dimaklumkan panggilan semula melalui surat termasuk butiran terkini produk.

Katanya, para pelanggan yang menerima surat diminta menghantar kenderaan masing-masing ke pusat pengedar sah Honda bagi tujuan pemeriksaan dan penggantian,” katanya.

Semua pengedar sah Honda di seluruh negara memiliki stok pengepam baru bagi memenuhi pelanggan terjejas dan Honda Malaysia akan terus menggesa Takata untuk mempercepatkan pembekalan alat ganti untuk kenderaan terjejas.

Katanya, kerja-kerja penggantian akan dilakukan sebaik alat gantian tersedia dan kos alat ganti serta buruh akan ditanggung oleh Honda Malaysia. – MalaysiaGazette