KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih yang direkodkan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) pada suku keempat berakhir 31 Disember 2016 tidak berubah kepada RM50.17 juga, menurun kurang daripada 1.0 peratus berbanding RM50.6 juta yang direkodkan pada tahun sebelum ini.
Penurunan itu disebabkan oleh kejatuhan untung daripada bahagian pasaran sekuriti yang merosot kepada RM65 juta berbanding RM71.4 juta pada suku keempat 2015.
Bagaimanapun, prestasi itu diseimbangkan dengan prestasi tinggi daripada bahagian pasaran derivatif yang melonjak 11.6 peratus kepada RM14.3 juta pada tempoh tersebut berbanding RM12.8 juta pada suku keempat 2015.
Bursa Malaysia berkata, penurunan hasil sukuannya adalah selari dengan kemerosotan dalam pendapatan sukuan sebanyak 8.7 peratus kepada RM123.74 juta berbanding RM135.56 juta, berpunca daripada penurunan pendapatan dagangan dan penurunan kadar yuran penjelasan.
Menurut Bursa Malaysia, jumlah dagangan purata saham di bursa menurun kepada 1.54 bilion saham daripada 2.23 bilion saham dalam tempoh sama pada tahun 2015.
Untuk prestasi ringgit pula, penurunan mata wang tempatan itu bersamaan RM1.93 bilion, merosot 10 peratus berbanding RM2.15 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Bagi tahun penuh berakhir 31 Disember 2016, keuntungan Bursa Malaysia susut kepada RM193.62 juta berbanding RM198.61 juta pada tahun sebelumnya.
Penyusutan itu seiring dengan penurunan pendapatan Bursa Malaysia sebanyak 2.3 peratus kepada RM506.78 juta berbanding RM518.5 juta. – MalaysiaGazette