KEPALA BATAS – Hubungan Malaysia dengan Singapura tidak akan terjejas walaupun kerajaan telah memfailkan permohonan bagi semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Malaysia merupakan negara yang sentiasa mengikut lunas undang-undang antarabangsa, berikutan permohonan semakan boleh dikemukakan dalam tempoh 10 tahun selepas keputusan terakhir dibuat ICJ pada 2008.
“Macam keputusan diberi oleh ICJ dahulu (yang memih
Timbalan Menteri Luar Datuk Serak) kepada Singapura, walaupun tidak memihak kepada Malaysia, tidak berlaku hubungan keruh, bahkan hubungan dagangan makin meningkat.
“Kerajaan tidak akan membiarkan sebarang kemungkinan yang ada daripada terlepas dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara kita kerana ia amat penting bagi kita,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Reezal Merican ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan peralatan persekolahan serta geran biasiswa kepada 20 pelajar dalam Parlimen Kepala Batas di sini.
Jumaat lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan berkata Malaysia telah memfailkan permohonan semakan semula penghakiman ICJ ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).
Permohonan semakan semula itu yang difailkan di ICJ, The Hague, Belanda pada Khamis, adalah susulan penemuan tiga dokumen di National Archives of the United Kingdom.
Pada 23 Mei, 2008, ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sementara Batuan Tengah adalah milik Malaysia manakala Tubir Selatan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.
Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor. – MalaysiaGazette