Home Sukan EPL: Chelsea musnahkan impian Arsenal kejar takhta liga

EPL: Chelsea musnahkan impian Arsenal kejar takhta liga

Penyerang the Blues, marcos Alonso meraikan gol pertama untuk Chelsea menentang Arsenal dalam aksi EPL di Stamford Bridge malam tadi. Foto: Getty Image

STAMFORD BRIDE – Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea mencatatkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Arsenal dalam aksi di Stadium Stamford Bridge semalam.

Ia sekali gus mengukuhkan lagi genggaman the Blues ke arah kejuaraan liga kali ini dan memusnahkan harapan the Gunners untuk mengejar Chelsea bagi kejuaraan liga musim ini.

Tandukan berkontroversi Marcos Alonso meletakkan Chelsea di hadapan pada minit ke-13 selepas tandukan kencang Diego Costa terkena pada tiang gol.

Skuad kendalian Antonio Conte menambah penderitaan Arsenal apabila sepakan kencang Eden Hazard pada minit ke-53 menghadiahkan gol kedua the Blues.

Gol ketiga Chelsea hadir selepas kesilapan penjaga gol Peter Cech digunakan oleh Cesc Fabregas pada minit ke-85.

Gol sagu hati the Gunner hadir menerusi Oliver Giroud pada minit ke-91 sebelum tamat perlawanan.

Gol itu tidak cukup untuk Arsenal bangkit semula dalam perlawanan itu.

Dengan kemenangan itu, Chelsea terus menggungguli takhta liga dan menjarakkan kedudukan dengan Arsenal sebanyak 12 mata.

Arsenal dengan kekalahan itu terus kekal di tangga ketiga liga dengan 47 mata di belakang Tottenham Hotspurs.- MalaysiaGazette