KERALA – Seorang penari klasik India terkenal, Omanakuttan meninggal dunia semasa menari di atas pentas di Paravur semalam.
Pada awalnya, penonton merasakan ‘aksi’ itu sebahagian daripada persembahan Omanakuttan bersama gurunya, Sivan Malyankara seperti dlaporkan Daily Mail.
Omanakuttan, 48, tersungkur sebelum mati semasa menari Bharathanatyam di atas pentas.
Bagaimanapun, selepas menyedari sesuatu tidak kena, Sivan dengan segera pergi ke tepi pentas dan menyingkap kain penutup pentas.
Omanakuttan kemudiannya dibawake hospital swasta di Paravur tetapi disahkan meninggal dunia.- MalaysiaGazette