Home Dunia Pengguna elektrik Arab Saudi dapat pampasan jika berlaku gangguan elektrik

Pengguna elektrik Arab Saudi dapat pampasan jika berlaku gangguan elektrik

Abdullah Al-Shihry

JEDDAH – Penyedia bekalan elektrik di Arab Saudi diwajibkan membayar pampasan kepada setiap pelanggan jika berlaku gangguan elektrik.

Ia adalah peraturan baru yang diluluskan oleh Lembaga Gabenor Pihak Pengawal Selia Elekrik, Abdullah Al-Shihry.

Dalam kes gangguan elektrik, pengguna kediaman perlu diberi pampasan dengan SR75 untuk setiap 24 jam pemotongan elektrik dan pengguna bukan kediaman dengan SR150.

Jika gangguan kuasa berterusan melebihi 24 jam maka tambahan SR75 tambahan akan dibayar kepada pengguna untuk setiap kelewatan 12 jam.

Elektrik perlu dikembalikan dalam tempoh lima hari bekerja, jika tidak, pembekal perkhidmatan akan dikenakan denda tambahan SR20 bagi setiap kelewatan lima hari bekerja.

Manakala pengguna baru perlu mendapatkan sambungan elektrik dalam masa 40 hari bekerja.

Jika sambungan elektrik baru tidak diberi dalam tempoh 40 hari bekerja, maka pembekal elektrik akan dikenakan denda SR200 untuk pengguna kediaman dan SR400 untuk pengguna bukan kediaman.

Sekiranya elektrik diputuskan kerana tidak membayar bil-bil, ia mesti dipulihkan dalam tempoh tiga jam selepas pembayaran di kawasan bandar dan lima jam di kawasan separa bandar dan luar bandar.

Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan denda SR75 dengan denda tambahan bagi setiap tiga jam kelewatan.

Pembekal elektrik mesti memberi notis dua hari kepada pengguna dalam kes pemotongan elektrik. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan denda SR75 untuk dibayar kepada pengguna.

Pembekal elektrik mesti bertindak balas terhadap aduan dan pertanyaan pengguna dengan maklumat lengkap dalam tempoh 15 hari bekerja. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan denda SR75 untuk dibayar kepada pengguna.

Jika pengguna menderita lebih daripada empat kali pemotongan elektrik dalam satu tahun, dengan setiap potong selama lebih empat jam, maka dia akan diberi pampasan dengan SR200.

Peraturan-peraturan baru yang akan dilaksanakan pada tahun 2018. – MalaysiaGazette