Home Ekonomi Bimbang sekatan ke atas Iran, harga minyak dunia kembali melonjak

Bimbang sekatan ke atas Iran, harga minyak dunia kembali melonjak

SINGAPURA – Harga minyak mentah dunia melonjak berikutan kebimbangan sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran akan menjejaskan bekalan meskipun pasaran menunjukkan jumlah pengeluaran minyak Amerika Syarikat berkembang.

Hubungan Amerika Syarikat dan Tehran tegang selepas Iran melancarkan ujian peluru berpandu, mendorong Presiden Donald Trump melaksanakan sekatan ke atas individu dan entiti yang berkaitan negara tersebut.

Niaga hadapan Brent didagangkan kepada AS$56.86 setong naik AS$0.05 berbanding penutup akhir. West Texas Intermediate (WTI) juga meningkat kepada AS$53.88 setong.

Peniaga berkata, ketegangan antara Tehran dan Amerika Syarikat dikhuatiri boleh diperketatkan lagi kesan eksport minyak Iran.

“Sekatan Amerika Syarikat ke atas Iran akan meningkatkan risiko ketegangan dan mengganggu bekalan.

“Ini kerana data menunjukkan aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat bertambah, kata ANZ bank.

Syarikat-syarikat tenaga Amerika Syarikat berkata, jumlah pelantar minyak bagi minggu ke-13 menunjukkan lanjutan pemulihan sembilan bulan selepas aktiviti penggerudi mengambil kesempatan kenaikan harga minyak mentah melebihi AS$50 setong.

Harga minyak mula pulih selepas OPEC dan bukan OPECĀ  bersetuju mengawal pengeluaran pada November tahun lalu.

Aktiviti penggerudian bertambah dalam masa seminggu sehingga 3 Februari, menjadi jumlahnya kepada 583 – kenaikan tertinggi sejak Oktober 2015, menurut Baker Hughes Inc. – MalaysiaGazette